Tuesday, February 20, 2018

LANGSAI HUTANG PTPTN DENGAN ASBF + DAPAT LAGI EXTRA CASH ~~40k

LANGSAI HUTANG PTPTN DENGAN ASBF + DAPAT LAGI EXTRA CASH ~~40k

Katakan PTPTN anda berjumlah RM 28,000 menjadikan ansuran bulanan RM187.89
Tempoh bayaran balik: 180 bulan

Apa yang anda boleh buat;
1.  Buat ASB Financing RM50K. Bulanan dalam RM270 sebulan. (Pastikan masa apply ASBf tiada bayaran PTPTN tertunggak ok)

2. Lepas setahun katakan dividen ASB diumumkan 7.25% anda akan dapat dividen sebanyak RM3625.

3.  Gunakan RM3625 ini untuk bayar ansuran PTPTN tu. Bayar PTPTN RM200 sebulan, setahun anda kena bayar RM2400. Jadi ada lagi baki RM3625-RM2400 = RM1225 untuk belanja ataupun disimpan. Elok jangan gunalah.

4. Komitmen anda masih sama iaitu RM270 tiap bulan sebab dividen ASB bayar ansuran bulanan PTPTN.

5. Kalau anda bayar RM200 untuk ansuran PTPTN mungkin tak sampai 15 tahun dah habis bayar.

6. Ulang bayar ansuran PTPTN sampai habis bayar menggunakan dividen ASB.

7. Katakan anda nak terminate ASB pada bulan ke 180 setelah habis bayar PTPTN kau akan dapat;

i. Dividen terakhir: RM3,500 (jika dividen 7%)
ii. Pulangan prinsipal: RM15,700 (jika tempoh pinjaman ASB 30 tahun & 5.2% kadar faedah bank)
iii. Baki RM1225X15 tahun=RM18,375 (jika disimpan)
Jumlah: RM37,500

Wow. Lepas bayar PTPTN pun dapat lagi RM37,500. Sapa nk bagi bagi??
Kawan baik anda jumpa lepas 15 tahun pun belum tentu boleh pinjamkan kita RM30K
Bandingkan bayar RM200 duit sendiri rugi adalah lebih berbaloi anda gunakan dividen dari pembiayaan ASB. Bayar duit sendiri tak buat ASB Financing lepas habis bayar anda tak dapat apa-apa kecuali langsai hutang PTPTN.

Beza dengan buat ASB Financing, lepas habis bayar PTPTN ada lagi wang untuk kegunaan anda nanti.

Okay, macam mana pulak dengan graduan tak guna PTPTN ni. Gaji kecil lagi. Dan nak ada rekod CCRIS. Teknik memenuhkan ASB Financing hanya RM270 sebulan. Maksimum pinjaman ASB Financing adalah RM200K. Tujuan untuk manfaatkan kuasa Volume dan Compounding. Jadi;
1. Tahun pertama mohon ASB Financing RM50K bulanan katakan RM270 sebulan.
2. Tahun kedua mohon ASB Financing RM50K lagi bayar ansuran guna dividen ASB tahun pertama.
3. Tahun ketiga mohon ASB Financing RM50K lagi bayar ansuran guna dividen tahun kedua.
4. Tahun keempat kita mohon ASB RM50K lagi bayar ansuran guna dividen tahun ketiga.
Akhirnya lepas empat tahun kita dapat maksimum pinjaman ASB Financing RM200K tersebut. Bukan bermakna gaji sikit anda kena buat terus menerus pinjaman RM200K. Tu tak sedar diri namanya. Tengok lah kemampuan gaji anda. Ekonomi macam mana. Berapa dapat anda simpan.
Jadi anda dah maksimumkan ASB Financing tiap tahun dapat dividen bayar balik guna dividen je. Secara tak langsung anda paksa diri anda untuk menyimpan RM 270~300 sebulan.
Sebenarnye, terlalu banyak kegunaan ASBf ni, anda boleh setelkan personal loan, hutang kereta, hutang kredit card. Setelah selesai hutang tersebut, anda boleh ada lebihan cash lagi. Nanti kita belajar lagi mcm mana ye.
Muda-muda ni jangan ambil pinjaman peribadi untuk nikah, beli kereta mewah semata-mata nak orang kagum kat anda. Akhirnya anda sendiri terjerat dalam masalah kewangan yang serius.
Ikhlas,

Nasihat sis hanna.
#HannaYusuf
#ASBFconsultant


No comments:

Post a Comment