Tuesday, February 20, 2018

LANGSAI HUTANG PTPTN DENGAN ASBF + DAPAT LAGI EXTRA CASH ~~40k

LANGSAI HUTANG PTPTN DENGAN ASBF + DAPAT LAGI EXTRA CASH ~~40k

Katakan PTPTN anda berjumlah RM 28,000 menjadikan ansuran bulanan RM187.89
Tempoh bayaran balik: 180 bulan

Apa yang anda boleh buat;
1.  Buat ASB Financing RM50K. Bulanan dalam RM270 sebulan. (Pastikan masa apply ASBf tiada bayaran PTPTN tertunggak ok)

2. Lepas setahun katakan dividen ASB diumumkan 7.25% anda akan dapat dividen sebanyak RM3625.

3.  Gunakan RM3625 ini untuk bayar ansuran PTPTN tu. Bayar PTPTN RM200 sebulan, setahun anda kena bayar RM2400. Jadi ada lagi baki RM3625-RM2400 = RM1225 untuk belanja ataupun disimpan. Elok jangan gunalah.

4. Komitmen anda masih sama iaitu RM270 tiap bulan sebab dividen ASB bayar ansuran bulanan PTPTN.

5. Kalau anda bayar RM200 untuk ansuran PTPTN mungkin tak sampai 15 tahun dah habis bayar.

6. Ulang bayar ansuran PTPTN sampai habis bayar menggunakan dividen ASB.

7. Katakan anda nak terminate ASB pada bulan ke 180 setelah habis bayar PTPTN kau akan dapat;

i. Dividen terakhir: RM3,500 (jika dividen 7%)
ii. Pulangan prinsipal: RM15,700 (jika tempoh pinjaman ASB 30 tahun & 5.2% kadar faedah bank)
iii. Baki RM1225X15 tahun=RM18,375 (jika disimpan)
Jumlah: RM37,500

Wow. Lepas bayar PTPTN pun dapat lagi RM37,500. Sapa nk bagi bagi??
Kawan baik anda jumpa lepas 15 tahun pun belum tentu boleh pinjamkan kita RM30K
Bandingkan bayar RM200 duit sendiri rugi adalah lebih berbaloi anda gunakan dividen dari pembiayaan ASB. Bayar duit sendiri tak buat ASB Financing lepas habis bayar anda tak dapat apa-apa kecuali langsai hutang PTPTN.

Beza dengan buat ASB Financing, lepas habis bayar PTPTN ada lagi wang untuk kegunaan anda nanti.

Okay, macam mana pulak dengan graduan tak guna PTPTN ni. Gaji kecil lagi. Dan nak ada rekod CCRIS. Teknik memenuhkan ASB Financing hanya RM270 sebulan. Maksimum pinjaman ASB Financing adalah RM200K. Tujuan untuk manfaatkan kuasa Volume dan Compounding. Jadi;
1. Tahun pertama mohon ASB Financing RM50K bulanan katakan RM270 sebulan.
2. Tahun kedua mohon ASB Financing RM50K lagi bayar ansuran guna dividen ASB tahun pertama.
3. Tahun ketiga mohon ASB Financing RM50K lagi bayar ansuran guna dividen tahun kedua.
4. Tahun keempat kita mohon ASB RM50K lagi bayar ansuran guna dividen tahun ketiga.
Akhirnya lepas empat tahun kita dapat maksimum pinjaman ASB Financing RM200K tersebut. Bukan bermakna gaji sikit anda kena buat terus menerus pinjaman RM200K. Tu tak sedar diri namanya. Tengok lah kemampuan gaji anda. Ekonomi macam mana. Berapa dapat anda simpan.
Jadi anda dah maksimumkan ASB Financing tiap tahun dapat dividen bayar balik guna dividen je. Secara tak langsung anda paksa diri anda untuk menyimpan RM 270~300 sebulan.
Sebenarnye, terlalu banyak kegunaan ASBf ni, anda boleh setelkan personal loan, hutang kereta, hutang kredit card. Setelah selesai hutang tersebut, anda boleh ada lebihan cash lagi. Nanti kita belajar lagi mcm mana ye.
Muda-muda ni jangan ambil pinjaman peribadi untuk nikah, beli kereta mewah semata-mata nak orang kagum kat anda. Akhirnya anda sendiri terjerat dalam masalah kewangan yang serius.
Ikhlas,

Nasihat sis hanna.
#HannaYusuf
#ASBFconsultant


Adobe InDesign

Adobe InDesign berasal daripada pecahan Micromedia Freehand setelah Adobe membeli syarikat berkenaan. Perkembangan Adobe Ilustrator dan Freehand akhirnya menghasilkan In Design untuk grafik yang lebih detail terutama penggunaan text.

FileMaker Pro 15

FileMaker Pro 15 adalah softawre database seperti Microsoft Access. Cara kerjanya hampir sama dengan Lotus Approach yang kami upload sebelum ini yang lebih mudah berbanding Access. Dengan sokongan databese pada server cukup mudah untuk membuat dan mengumpul data dengan pengetahuan terbatas boleh membuatnya. Sesuai untuk data maklumat persatuan, sekolah, pejabat dll.

Antivirus apa yg bagus untuk laptop anda?


Jika anda tidak pernah tahu pun  pasal ni sebenarnya Microsoft dah install Antivirus terbina dalam yg sedia ada pada laptop anda iaitu Microsoft Windows Defender dan versi yg terbaru iaitu Windows Defender Security Center.

Windows defender ni sudah sedia ada pada Windows 8 dan windows 10.So cuba godek² laptop tu dan guna lah antivirus tersebut..

Bagus ke? Kuat ke? Selamat ke?

Ya..sudah pasti bagus,kuat dan selamat. Microsoft tahu apa yang patut dan apa yang x patut..antivirus ni memang bagus dan sgt kuat.saya sendiri guna pada laptop saya.

Untuk windows 7 sila download Microsoft Security Essential(MSE).

Ok MSE ni sama macam windows defender tapi untuk windows 7.

Tak perlu guna kaspersky,avira dan antivirus lain yang berbayar kerana MSE ni Free of charge microsoft bagi pada pengguna windows.

Ya semua free of charge...

Buat apa guna antivirus mahal² yg kadang² ada virus yang x boleh detect.

X boleh detect?

Ya...saya sendiri telah mencuba beberapa antivirus dan hasilnya ada beberapa virus yg tidak boleh dikesan oleh antivirus yg kononya powerful ni...

Selama ni saya guna MSE dan Windows Defender je untuk hapuskan virus dalam laptop memang berpuas hati...

Untuk Windows 7 sila download dan Install MSE mengikut architecture Windows anda samaada 32 bit atau 64 bit.

Untuk windows 8 & 10 anda hanya perlu search je dekat start button dan taip "windows defender" kerana win defender ni build in antivirus

Any Video Converter Ultimate

Any Video Converter Ultimate merupakan salah satu Software komputer yang terkenal. kemudahan dalam antara muka Software video converter yang populer dari Review Top Ten karena memiliki  peminat yang banyak dari seluruh dunia.

CCleaner

CCleaner merupakan software utility yang berfungsi untuk menyeleggara komputer drp  JUNK alias sampah file-file , atau registri yang mengendap di PC kita dan tidak dapat maksimal di bersihkan oleh windows..

Adobe Dreamweaver

Adobe Dreamweaver CC 2015 16.1 adalah software terkini daripada syarikat Adobe untuk membina laman web menggunakan HTML, CSS, JS, SVG, PHP, AML dll

Cyberlink PhotoDirector

Cyberlink PhotoDirector adalah software manipulasi gambar/foto yang mempunyai fungsi yang menarik memudahkan untuk menghasilkan media melalui foto yang diambil.

Adobe After Effects

Adobe After Effects adalah salah satu software compositing yang populAr dan telah digunakan secara luas dalam pembuatan video, multimedia, filEm dan web. After Effects biasanya digunapakai dalam penambahan efek khusus seperti efek petir, hujan, salju, ledakan bom dan lainnya. After Effects telah membantu para pembina video dengan kesan-kesan yang menarik.

Magix ACID Pro 10

Magix ACID Pro 10 adalah software terkini untuk audio profesional yang mana lebih pengkhususan berbanding dengan Sound Forge. Jika nak dibandingkan adalah hampir sama dengan Adobe Audition CC 2017. Sebelum MAGIX ambil alih adalah versi terakhir adalah Sony Acid Pro 7

Adobe Dreamweaver

Adobe Dreamweaver adalah program yang digunakan untuk membuat atau menyunting halaman web. Software Dreamweaver dikeluarkan oleh Adobe System. Aplikasi ini banyak digunakan oleh para programmer, desainer dan developer web kerana kemudahan dalam penggunaanya, kelengkapan fungsinya dan juga dukungannya terhadap teknologi terkini.

Internet Download Manager

Internet Download Manager terkini. Software untuk digunakan membuat download termasuk download video youtube dan facebook.

Sunday, February 18, 2018

Buat duit online tanpa modal, adfly


Salam warahmatullah..

Berita baik ni terbuka kepada mereka2 yang rajin online, blog sana facebook sini..yela dah online tu x salahkan kalau kita jana pendapatan.. paling tidak pun dapatlah wat duit untuk bayar bil broadband..so x dela rugi sgt..

adf.ly adalah bisnes yang paling mudah dan cepat untuk membuat duit.. Ia merupakan site yang berfungsi untuk memendekkan url (link). Setiap link yang dipendekkan di adf.ly ni akan membuat anda menjana pendapatan apabila di klik atau dibuka oleh pengunjung..

Cara pendaftaran

Cara pendaftaran mudah jer... Berikut caranya:

1. Untuk mendaftar, klik adf.ly

2. Klik "Join Now"..

3. Isi borang dengan betul dan lengkap pada "Join adf.ly"
- Your Name: Isi Nama anda.
- E-Mail: Isikan alamat E-Mail anda. Email ini diperlukan untuk pengesahan dan sebagai login anda.
- Retype E-Mail: Isikan dengan alamat email yang sama.
- Password: Masukan password anda
- Retype Password: Ulangi passsword anda.
- Account Type: Disini ada dua pilihan iatu Link Shrinker dan Advertiser.
Anda pilih saja Link Shrinker.

4. Setelah semua lengkap klik butang Submit.. Jangan lupa tick button agreement..

5. Cek emel anda untuk pengesahan.. Cuba lihat di Inbox untuk emel pengesahan adf.ly..Kalau tiada cuba try cek kat Spam..Jika ada buka mesej kemudian klik link yang sudah disediakan dan masukkan kod pengesahan yang tertera di emel..

6. Selesai!

Cara menjana pendapatan
Anda hanya perlu menyebarkan link atau url yang dah dipendekkan menggunakan adf.ly..Sebar je kat mana2, facebook, blog dll...

Cara memendekkan link menggunakan adf.ly

1. Login ke http://addfly.co.cc
2. Setelah login masukkan link yang anda ingit pendekkan..
Contoh anda ingin memendekkan link ini http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI&feature=player_embedded

3. Klik "Shrink!".. Link tersebut akan di pendekkan..
Contoh : Link tadi akan menjadi http://adf.ly/258gN


Link yang telah dipendekkan akan di "direct" kan ke adf.ly terlebih dahulu kemudian barulah ke link sebenar..

Semakin banyak pengunjung blog atau web, semakin besar la pendapatan yang dapat dijana dari adf.ly ni..

Kalau korang xde blog atau web xpa, korang leh sebar link2 yang dah di "shrink" kan tu ke site2 tertentu..Sebar luaskan link2 penting dan ramai orang cari seperti software,ebook lagu dsb ke dalam forum, blog orang lain ataupun group2 facebook..

Selain menyebarkan link,komisen 20% dari referral akan diberi kepada anda.
Caranya ialah dengan menjadi reference kepada kawan2 anda untuk menjadi ahli adf.ly.. Link referral terdapat di dalam menu "Referral"..

xnak cakap banyak, korang try la ye.. Senang dan simple je benda ni.. xde modal pun.. yang penting, BUKAN MLM..Selamat maju jaya.. huhu